Friday 21 October 2011

Isu Terkini Kampus: Apa Pendirian LMP


Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dari kami LMP. Isu kali ini merupakan isu terkini yang merupakan salah satu perkara yang mampu memberi implikasi hebat kepada para mahasiswa/wi IPTA/IPTS terutamanya mahasiswa/wi UPSI. Isu itu tidak lain tidak bukan ialah isu RM200.00 yang bakal diberikan oleh pihak kerajaan kepada para penuntut universiti seperti yang dihebahkan didalam perbentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri , DS Najib Razak. 


Secara logik akalnya, RM200.00 dilihat sebagai habuan kepada para penuntut IPT, tetapi adakah ia BERBALOI? Sebagai mahasiswa/wi yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di IPT, bukankah kita diajar untuk berfikir  dan bukannya mengambil sesuatu secara bulat-bulat seperti di sekolah? Tidakkah kita berfikir sejenak tanpa sebarang prejudis dan berat sebelah mengenai isu RM200.00 ini? Isu ini sememangnya dianggap sebagai hadiah daripada pihak kerajaan buat para penuntut IPT, tetapi bukankah ia juga bole dipandang sebagai salah satu alat boneka parti politik untuk mengumpan undi sepadan dengan PRU yang bakal tiba.

Jika difikirkan kembali, LMP memandang RM200.00 adalah tidak logik. Antara justifikasi kami adalah :
  1. RM200.00 itu diberi secara kupon dan bukannya tunai, justeru hanya sesetengah kedai buku sahaja yang akan menerima cara bayaran seperti ini. Hal ini kerana bukan semua buku-buku yang digunakan oleh mahasiswa/wi ada di kedai buku yang tertentu. Perkara ini juga mengundang masalah kerana kos-kos yang ditawarkan oleh pihak universiti memerlukan jumlah buku yang besar dan judul buku yang berbagai-bagai.
  2. RM200.00 itu jika dikumpulkan oleh student-student IPTA SAHAJA, IA AKAN MENCECAH SEHINGGA RM50 JUTA YANG BOLEH MEMBIAYAI PEMBELAJARAN SELAMA 4 TAHUN PENGAJIAN BUAT  1,500 PELAJAR MISKIN TEGAR SELURUH MALAYSIA. Bukankah cara ini lebih wajar kerana bebanan PTPTN buat pelajar miskin tegar akan mengakibatkan mereka lebih tertekan di masa hadapan?
  3. Diskaun buku tidak disertakan sekali dengan kupon RM200.00, perkara ini tidak membantu para pelajar kerana jumlah buku yang mamu dibeli adalah terhad. Justeru, kupon buku yang diberikan oleh kerajaan wajar diperbaiki.

Justeru, apakah pendirian anda mengenai isu ini? Jika disoal kepada LMP, jawapan kami adalah kami akan mendesak pihak kerajaan agar mempertimbangkan kembali isu ini sebelum perlaksanaannya. LMP dengan kerjasama SMM akan menghantar memorandum kepada kerajaan pada waktu yang terdekat. Diharapkan usaha kami akan mendatangkan impak positif kepada golongan mahasiswa/wi terutamanya pelajar UPSI.


Sekian,

LMP

# Kami Anak Muda.. Kami Cool


p/s: segala maklum balas atau info terkini mengenai anda atau kampus boleh disuarakan kepada kami LMP di email kami :


email: upsi.progresif@gmail.com

1 comment:

  1. kadang2 aku rase korang mmg cool..gud work!kipidap..tunggu berita baik nih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...