Thursday 27 October 2011

Sejenak: Wujudkah Kebebasan Akademik?



Assalamualaikum wbt, 

Pagi ini LMP mahu mengajak para pembaca yang arif untuk berfikir sejenak mengenai isu yang hangat pada ketika ini. Wujudkah kebebasan akademik di negara kita? Mengapa LMP membawa isu ini pada pagi ini? Itulah yang LMP mahu mahasiswa/wi sekalian untuk berfikir bukan dengan minda yang diwarnai dengan warna-warna bendera politik luar, tetapi berfikir secara indieprestasi dan bebas tanpa sebarang kekangan yang mampu menggugat pertimbangan mahasiswa/wi sekalian.

Kebebasan akademik merujuk kepada situasi penulisan dan pengajaran di peringkat universiti. Hasil kajian mahasiswa dan pensyarah amat penting bagi menentukan kualiti sesebuah universiti. Malangya pelbagai sekatan bertulis dan tidak bertulis wujud sehingga menghalang minat untuk menulis kajian ilmiah atau menyampaikan idea. Di Malaysia, wujud istilah 'profesor kangkung' bagi menggambarkan pensyarah yang bercakap melalui TV dab media yang tidak mengikut fakta sebenar, mengampu pihak autokrat dan begitu hebat sekali menghentam pembangkang. Pihak universiti akan memantau pembabitan kakitangan dan pelajarnya di dalam dan luar universiti.

Isu terkini yang berkait rapat dengan kebebasan akademik adalah isu penggantungan Prof Dr. Aziz Bari dari UIA. Beliau yang juga pakar undang-undang perlembagaan khususnya berkaitan dengan kuasa dan fungsi raja berpelembagaan digantung tugas hanya dengan sebab memberi pandangan berkenaan titah Sultan Negeri Selangor terhadap kes serbuan JAIS keatas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) kepada Malaysiakini atas kapasiti sebagai pakar undang-undang perlembagaan. Wajarkah beliau digantung tugas hanya kerana memberi pandangan? Beliau juga tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri dalam kes ini. Sekali lagi, wajarkah? Beliau bukan sahaja digantung tugas, malah dikecam oleh beberapa pemimpin dan NGO yang pro UMNO disamping disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Malah, beberapa laporan polis telah dibuat oleh beberapa penyokong UMNO di seluruh Malaysia. Beginikah perjalanan akademik negara kita? Mengapa sebegitu kejam dilakukan kepada Prof Dr. Aziz Bari hanya kerana pendapat beliau yang bercanggah dengan kerajaan?

Mahasiswa/wi yang dihormati sekalian,
Mengapa UIA yang bertarafkan antarabangsa mengikut sahaja tekanan politik pihak-pihak berkepentingan sahaja sehingga merosakkan reputasi dan kredibiliti UIA? Soalan yang LMP mahu mahasiswa/wi fikirkan kembali, bebaskah akademik negara kita? Jelas sekali dengan penggantungan Prof Dr Aziz Bari ini telah membuktikan bahawa pihak rektor universiti dan kerajaan sama sekali telah mengabaikan jaminan kebebasan akademik terhadap ahli akademik/pensyarah yang terkandung di dalam suatu dokumen bertajuk “Recommendation Concerning the Status of Higher-Education Teachin Personnel” yang dikeluarkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Sudah terang lagi bersuluh, jawapan mungkin telah terjawab. Namun bagi mahasiswa/wi yang bercanggah pendapat dengan LMP, usah risau, anda tidak akan digantung seperti Prof Dr Aziz Bari yang digambarkan oleh SMM sebagai putera terbaik Melayu yang merupakan pakar undang-undang perlembagaan. Pendapat anda tidak salah, dan anda boleh kemukakan pendapat anda secara terang kepada LMP.

Isu kebebasan akademik ini sekiranya dipandang enteng akan melahirkan generasi graduan yang hanya berbekalkan sijil, tetapi pemikiran yang jumud serta kurang proaktif akan perubahan semasa. Inikah yang kita mahukan pada masa hadapan? Sekiranya ada pihak berwajib yang membaca ini, puaskah hati anda melihat isu ini berlarutan? Kepentingan anda yang sementara akan membuatkan generasi mendatang akan menanggung buat jangka masa yang lama. Inikah yang anda perjuangkan selama ini?

Golongan mahasiswa/wi sekalian, kebebasan akademik itu sebenarnya masih belum wujud di UPSI mahupun di Malaysia. Sejujurnya, tiada siapa dari kita mahupun rakan-rakan di tempat lain yang faham apa itu kebebasan akademik. Hal ini kerana di Malaysia, kebebasan akademik sememangnya tidak wujud, dan ketidakwujudannya tidak pernah pula disedari. Mungkin apa yang terjadi pada Prof Dr Aziz Bari sedikit membuka ruang pemahaman terhadap kebebasan akademik. Bagaimana seorang profesor yang kapasitinya kukuh sebagai seorang pakar undang-undang dan perlembagaan dihukum kerana kenyataan yang sebenarnya jelas mengikut bidang ilmu dan kepakaran beliau? Nah tanya sahaja diri anda sebagai mahasiswa/wi sekalian. Adakah AUKU satu bentuk cabaran dan pengkhianatan terhadap kebebasan akademik? Jawabnya TIDAK! AUKU (15) bukan mengenai kebebasan akademik, sebaliknya hanya bentuk pencabulan terhadap hak kewarganegaraan. Ternyata berbeza dari kebebasan akademik.

Kebebasan akademik ibarat hantu. Sering disebut, sedikit tidak pernah ketemu, sehingga orang masih belum pasti, WUJUD ATAU TIDAK.

Sekian, 

LMP
# Kami Anak Muda.. Kami Cool
p/s: segala maklum balas atau info terkini mengenai anda atau kampus boleh disuarakan kepada kami LMP di email kami :
email: upsi.progresif@gmail.com

Budaya Politik Kampus- LMP


Assalamualaikum wbt,
Telah menjadi suatu tradisi di setiap institut pendidikan dimana saban tahun akan diadakan pilihanraya kampus di seluruh negara. Program ini diibaratkan seperti highlight tahunan kerana ia merupakan suatu platfom bagi setiap mahasiswa/wi untuk memilih calon bagi menjaga kebajikan masing-masing. UPSI juga tidak ketinggalan daripada pilihanraya kampus ini.Mahasiswa/wi UPSI mengambil peluang pada pilihanraya kampus bagi memilih seorang ketua yang akan mereka undi bagi memudahkan suara-suara mereka didengari oleh pihak universiti

Meski begitu, sihatkah budaya politik kampus bagi setiap diri mahasiswa/wi terutamanya bagi skop UPSI? kebanyakkan mahasiswa/wi kelihatan lebih mengutamakan pelajaran daripada terlibat dari politik kampus ini. Wajarkah begitu? Majoriti mereka berpendapat bahawa jika mereka terlalu aktif dengan budaya politik kampus, tanggungjawab mereka kepada pelajaran akan tergugat seterusnya membuatkan mereka sukar untuk  posting apabila tamat pengajian di UPSI. Hal itu bagi mahasiswa/wi Program ISMP. Bagaimana pula bagi pelajar program diploma? Sebahagian daripada mereka juga cuba tidak terlibat dengan aktiviti kampus sebegini terutamanya Pilihanraya Kampus kerana bagi mereka hanya singgah sebentar di UPSI dan akan keluar sebagai pemegang sijil Diploma setelah tamat pengajian, kendatipun sebahagian besar aktiviti kampus hanya tertumpu kepada student ISMP daripada student Diploma. Justeru, sebahagian besar student Diploma tidak berminat dengan Pilihanraya Kampus kerana didalam minda mereka, mereka tidak layak untuk mengundi dan sekiranya mereka mengundi, calon pilihan mereka tidak akan mengambil kisah mengenai kebajikan dan masalah mereka. 

Jelaslah pemikiran sebegini harus dikikis dan setiap warga UPSI tidak kira mereka dari program Diploma, ISMP, Master atau PhD sekalipun. Pilihanraya Kampus jika dilihat pada skop positifnya, ia melatih warga kampus untuk lebih berani untuk memperjuangkan hak mereka. Dalam skop pendidikan, bukannya melatih minda mahasiswa/wi untuk memberontak, tetapi lebih berani untuk memperjuangkan hak mereka melalui saluran yang betul. Pilihanraya Kampus juga diihat dapat membentuk generasi mahasiswa/wi yang lebih prihatin mengenai masalah anak-anak buah mereka (tak dapat jumpa ayat yang lebih sesuai) serta keperluan kebajikan warga kampus sekiranya mereka terpilih menjadi MPP. Disamping itu, Pilihanraya Kampus juga dapat melahirkan golongan mahasiswa/wi UPSI yang lebih bertanggungjawab dan arif serta berdisiplin dalam mengatur masa didalam pelajaran, aktiviti kampus dan aktiviti kolej. 

Bagaimana pula dengan nilai negatif yang timbul daripada aktiviti Pilihanraya Kampus ini? Jelaslah bahawa perancangan kita sebagai insan tidak sesempurna perancangan Ilahi, justeru, didalam kebaikan tetap terselit keburukan didalam perancangan kita meski sebesar zarah sekalipun. Nilai negatif yang timbul kesan dari aktiviti Pilihanraya Kampus ini adalah ia dapat melahirkan sikap benci membenci antara parti-parti di kampus. Implikasi daripada sikap negatif ini mampu mengundang pelbagai masalah kepada diri pelajar dan universiti itu sendiri. Misalnya, sikap benci membenci yang tercetus dari ideologi berlainan dapat membuatkan suasana pembelajaran yang tidak kondusif seterusnya membawa kepada kejatuhkan universiti dengan keputusan peperiksaan yang mendukacitakan(lagi sekali takde ayat yang sesuai)..Selain itu, Pilihanraya Kampus juga mampu mengundang kepada kepincangan sahsiah pelajar seperti tercetusnya pergaduhan antara pelajar dan pelanggaran undang-undang serius oleh para pelajar yang mahu mencetuskan masalah di kampus.

Oleh itu, bagaimanakah permasalahan ini mampu diselesaikan seterusnya membentuk budaya politik kampus yang lebih aman dan harmoni? Ada pihak tertentu mengatakan bahawa minda pelajar mesti dihindari dari diwarnai dengan partisan politik luar. Pendapat individu LMP adalah tidak salah bagi minda pelajar diwarnai dengan partisan politik luar. Hal ini kerana ia dapat mematangkan minda pelajar agar lebih bersedia dan lebih bijak dalam mengawal kumpulan atau parti mereka. Pengetahuan mengenai parti politik luar dapat juga memberi pengajaran kepada para barisan kepimpinan agar lebih amanah dan jujur serta telus dalam mengotakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Disamping itu, antara langkah yang dapat membawa kepada pilihanraya kampus yang lebih kondusif adalah dengan mengelakkan diri pelajar dari memanipulasi media untuk kepentingan peribadi (menyokong pendapat pihak tertentu). Budaya seperti memfitnah parti atau kumpulan lain wajar dihindari selain membuka aib parti atau kumpulan lain yang ternyata salah satu kerja kotor pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengaburi mata mahasiswa/wi dengan kelemahan mereka dengan membuka aib atau mencetuskan fenomena buruk mengenai parti atau kumpulan pihak lawan. Kedua-dua belah pihak seharusnya lebih adil dan menghormati antara satu sama lain dan saling bantu membantu waima berlainan ideologi kerana universiti bukannya medan untuk mencemuh antara satu sama lain tetapi universiti adalah tempat bagi membentuk golongan intelek yang lebih arif dan bertanggungjawab seiring dengan fungsi mereka sebagai pemacu kemajuan negara pada masa akan datang.

Budaya politik kampus harus disambut baik oleh setiap warga kampus kerana ia mampu membawa kepada perubahan corak pendidikan universiti yang lebih kondusif dan efektif dalam mendidik mahasiswa/wi supaya menjadi insan yang mempunyai sifat bertanggungjawab disamping arif dalam bidang masing-masing. Setiap mahasiswa/wi juga tidak memandang serong kepada kumpulan atau parti lain yang memperjuangkan sesuatu ideologi baru. Hal ini kerana, mungkin ideologi itu nampak taboo tetapi ia mungkin membawa kepada kemajuan universiti. Justeru, persaingan yang lebih sihat harus ada ketika pilihanraya kampus. Budaya politik kampus yang aman serta bersih dari segala anasir negatif harus dihindari agar tidak menjejaskan keperibadian kumpulan atau parti di kampus. 

Sekian,

LMP

# Kami Anak Muda.. Kami Cool


p/s: segala maklum balas atau info terkini mengenai anda atau kampus boleh disuarakan kepada kami LMP di email kami :


email: upsi.progresif@gmail.com

Friday 21 October 2011

Isu Terkini Kampus: Apa Pendirian LMP


Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dari kami LMP. Isu kali ini merupakan isu terkini yang merupakan salah satu perkara yang mampu memberi implikasi hebat kepada para mahasiswa/wi IPTA/IPTS terutamanya mahasiswa/wi UPSI. Isu itu tidak lain tidak bukan ialah isu RM200.00 yang bakal diberikan oleh pihak kerajaan kepada para penuntut universiti seperti yang dihebahkan didalam perbentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri , DS Najib Razak. 


Secara logik akalnya, RM200.00 dilihat sebagai habuan kepada para penuntut IPT, tetapi adakah ia BERBALOI? Sebagai mahasiswa/wi yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di IPT, bukankah kita diajar untuk berfikir  dan bukannya mengambil sesuatu secara bulat-bulat seperti di sekolah? Tidakkah kita berfikir sejenak tanpa sebarang prejudis dan berat sebelah mengenai isu RM200.00 ini? Isu ini sememangnya dianggap sebagai hadiah daripada pihak kerajaan buat para penuntut IPT, tetapi bukankah ia juga bole dipandang sebagai salah satu alat boneka parti politik untuk mengumpan undi sepadan dengan PRU yang bakal tiba.

Jika difikirkan kembali, LMP memandang RM200.00 adalah tidak logik. Antara justifikasi kami adalah :
  1. RM200.00 itu diberi secara kupon dan bukannya tunai, justeru hanya sesetengah kedai buku sahaja yang akan menerima cara bayaran seperti ini. Hal ini kerana bukan semua buku-buku yang digunakan oleh mahasiswa/wi ada di kedai buku yang tertentu. Perkara ini juga mengundang masalah kerana kos-kos yang ditawarkan oleh pihak universiti memerlukan jumlah buku yang besar dan judul buku yang berbagai-bagai.
  2. RM200.00 itu jika dikumpulkan oleh student-student IPTA SAHAJA, IA AKAN MENCECAH SEHINGGA RM50 JUTA YANG BOLEH MEMBIAYAI PEMBELAJARAN SELAMA 4 TAHUN PENGAJIAN BUAT  1,500 PELAJAR MISKIN TEGAR SELURUH MALAYSIA. Bukankah cara ini lebih wajar kerana bebanan PTPTN buat pelajar miskin tegar akan mengakibatkan mereka lebih tertekan di masa hadapan?
  3. Diskaun buku tidak disertakan sekali dengan kupon RM200.00, perkara ini tidak membantu para pelajar kerana jumlah buku yang mamu dibeli adalah terhad. Justeru, kupon buku yang diberikan oleh kerajaan wajar diperbaiki.

Justeru, apakah pendirian anda mengenai isu ini? Jika disoal kepada LMP, jawapan kami adalah kami akan mendesak pihak kerajaan agar mempertimbangkan kembali isu ini sebelum perlaksanaannya. LMP dengan kerjasama SMM akan menghantar memorandum kepada kerajaan pada waktu yang terdekat. Diharapkan usaha kami akan mendatangkan impak positif kepada golongan mahasiswa/wi terutamanya pelajar UPSI.


Sekian,

LMP

# Kami Anak Muda.. Kami Cool


p/s: segala maklum balas atau info terkini mengenai anda atau kampus boleh disuarakan kepada kami LMP di email kami :


email: upsi.progresif@gmail.com

Wednesday 19 October 2011

Program MeetANWAR-Mahasiswa


DS Anwar Ibrahim
Petaling Jaya, 19 Okt. - Warga Legasi Mahasiswa Progresif (WLMP) seramai 12 orang telah menyertai Program MeetANWAR-Mahasiswa di Petaling Jaya, Isnin 17 Okt 2011 yang lalu. Program ini memberi peluang kepada mahasiswa/wi universiti IPTA/IPTS termasuk UPSI untuk bersoal jawab bersama Dato Seri Anwar Ibrahim supaya lebih matang dan menjawab soalan yang terbuku dalam lubuk hati para anak muda agar lebih matang. Program yang dibawah SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) ini telah mendapat respons positif dari semua mahasiswa/wi universiti tempatan dengan sambutan yang memberansangkan. Selain itu, pelbagai keraguan mengenai Dato Seri juga terjawab dengan pelbagai soalan diterima baik dan dijawab dengan jelas dan teliti oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.Majlis ini berjalan dgn lancar dan bersahaja,mengupas isu-isu semasa melibatkan penglibatan mahasiswa dalam politik nasional.Pelbagai persoalan diajukan kpd Dato' Seri Anwar Ibrahim yg berbentuk kebajikan rakyat,AUKU,pimpinan PR dan lain-lain.


Selepas majlis tersebut, LMP bersama anggota SMM bersidang untuk membincangkan permasalahan semasa serta keterlibatan mahasiswa dalam Bajet 2012. Syukur Alhamdulillah, LMP telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugasan tersebut serta dibantu oleh anggota SMM. Doakan perjuangan kami ini memperoleh kebaikan dan keberkatan.







Sekian, 

LMP

# Kami Anak Muda.. Kami Cool

p/s: segala maklum balas atau info terkini mengenai anda atau kampus boleh disuarakan kepada kami LMP di email kami :



email: upsi.progresif@gmail.com

... ... ...


LMP kekurangan sumber media dan cerita....... bantu LMP!!

# Kami Anak Muda.. Kami Cool



p/s: segala maklum balas atau info terkini mengenai anda atau kampus boleh disuarakan kepada kami LMP di email kami :


email: upsi.progresif@gmail.com

Isu Posting Dalam Minda Mahasiswa UPSI



Assalamualaikum wbt, LMP ingin menyentuh mengenai isu posting dalam kalangan mahasiswa/wi program ISMP UPSI. Memang tidak dinafikan bahawa isu ini banyak menghantui minda anda semua. Antara persoalan yang selalu bermain didalam benak anda :


a) “Camnerlah aku nak posting kalo salu boikot kampus?
b) “Boleh ker aku grad kalo sibuk dengan hal len slain study?
c) “Ana kalo mcm ini boleh pening kalo x dapat posting nati...
d) “Matilah gua ini macam..apa mao buat bro??

Kah Kah Kah.. Beginilah antara persoalan atau ‘kata-kata’ hati didalam majoriti student UPSI ISMP. Pernah diceritakan pada LMP dalam kalangan warga kami, jika kita mem’boikot’ kampus, peluang untuk kita posting adalah amat rendah sekali. Hendaklah dijelaskan disini bahawa LMP BUKAN KUMPULAN PEMBERONTAK. Kah Kah kah! Terjelas disitu, kami warga LMP bukannya mahu menjana pemikiran supaya menolak segala yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam minda bakal pendidik UPSI. LMP mahu memberikan anda satu saluran media baru supaya anda lebih berfikir diluar minda anda tentang baik buruk sistem yang disediakan untuk kita sebagai mahasiswa/wi UPSI


LMP tidak dapat menjamin peluang anda semua untuk posting, tetapi kami dapat menjamin pengalaman baru dan menjamin untuk berusaha sedaya upaya yang ada supaya kebajikan anda tidak ditindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bersambung....


Sekian,


# Kami Anak Muda.. Kami Cool



p/s: segala maklum balas atau info terkini mengenai anda atau kampus boleh disuarakan kepada kami LMP di email kami :


email: upsi.progresif@gmail.com

Kenali Kami LMP


Assalamualaikum wbt, Syukur kerana LMP diberi masa dan ruang sekali lagi bagi mengemaskini blog kami setelah sekian lama menyepi tanpa berita terkini. Post hari ini adalah bertujuan supaya para student UPSI lebih mengenali kami barisan LMP. Meski sebanyak manapun tomahan terhadap kami yang anda dengar, insyaAllah jika diberi peluang dan ruang , kami mampu mengembalikan nama baik kami supaya anda lebih rapat dengan kami di LMP. Meskipun jumlah kami tidaklah dalam kuantiti yang tinggi, tetapi kami disini masih mampu berdiri dengan utuh kerana kami yakin meski dengan kuantiti yang sedikit, tetapi kualiti setiap warga LMP masih lagi tinggi.

Mengenai sedikit sebanyak mengenai kami warga LMP. Kami disini bukan sahaja terdiri daripada student ijazah, tetai kami disini juga mempunyai beberapa kelompok student diploma yang sedar akan perjuangan kami dan bersedia untuk bersama-sama memperjuangkan perjuangan LMP. LMP atau Legasi Mahasiswa Progresif merupakan salah sebuah kumpulan di UPSI yang bergiat aktif didalam dan diluar kampus yang menjadi media saluran baru bagi mahasiswa-mahasiswa bakal pendidik di UPSI supaya suara-suara anda didengari dan diambil perhatian oleh mereka pihak yang berkenaan.

LMP yang merupakan front baru di SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) telah menyertai banyak program-program dan aktiviti yang memperjuangkan suara mahasiswa. Kami warga LMP bukannya anak-anak muda yang memberontak dan menolak 100% segala yang dibuat oleh pihak universiti tetapi kami cuba memperbaharui dan memperbaiki sistem yang diperkenalkan oleh pihak universiti supaya tidak menjejaskan student-student UPSI. Kami juga bukannya aktivis mahasiswa yang melanggar garis-garis peraturan yang ditetapkan, tetapi kami mahu mereka yang bertanggungjawab terutamanya pihak universiti dan kerajaan supaya mendengar suara kami sebagai salah sebuah media baru dan mengambil buah fikiran yang kami berikan agar ia menjadi suatu sistem yang lebih sesuai buat semua pihak terutamanya kita semua yang terdiri dari golongan mahasiswa/wi.

Meskipun front  kami masih lagi dianggap baru, tetapi kami cuba menunjukkan bahawa meskipun kami baru, kami mempunyai semangat yang tinggi serta mahu anda semua warga UPSI dapat menyertai front  kami agar suara kita semua lebih didengari dan hak-hak serta kebajikan kita sebagai mahasiswa/wi lebih terjaga.



Sekian, 

LMP

# Kami Anak Muda.. Kami Cool

p/s: segala maklum balas atau info terkini mengenai anda atau kampus boleh disuarakan kepada kami LMP di email kami :



email: upsi.progresif@gmail.com




p/s: segala maklum balas atau info terkini mengenai anda atau kampus boleh disuarakan kepada kami LMP di email kami :


email: upsi.progresif@gmail.com

Friday 7 October 2011

Sajak: Mahsiswa Usman Awang



Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani
Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.




Usman Awang (1961)


Kami dari pihak LMP berharap semua mahasiswa/wi UPSI dapat berfikir dengan bijak bagi memahami maksud sebenar sajak sasterawan ini.




Sekian, 

LMP

# Kami Anak Muda.. Kami Cool

p/s: segala maklum balas atau info terkini mengenai anda atau kampus boleh disuarakan kepada kami LMP di email kami :



email: upsi.progresif@gmail.com

Pembuka Bicara

Assalamualaikum..
kah kah kah!!salam perkenalan kepada semua yg membaca post pertama ni khususnya student upsi .. Dengan ini secara rasmi nya LMP UPSI mempunyai satu laman khas yg digunakan untuk menyampaikan segala maklumat dan menjadi media baru selain Facebook dan Twitter kami untuk menyampaikan info-info yang berkait rapat dengan LMP.. Harapan kami adalah semoga semua anak-anak muda mahasiswa/wi Universiti Pendidikan Sultan Idris akan lebih mengenali kami di Legasi Mahasiswa Progresif UPSI.. kah kah kah.. Sekian sahaja post kami yang pertama.. Segala maklum balas boleh anda berikan kepada semua capaian media kami sama ada FacebookTwitter, dan LMP Blog ini..

Sekian,
KAMI ANAK MUDA, KAMI COOL


LMP

# Kami Anak Muda.. Kami Cool

p/s: segala maklum balas atau info terkini mengenai anda atau kampus boleh disuarakan kepada kami LMP di email kami :



email: upsi.progresif@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...